Isnin, 24 Jun 2013

FOREVER LIVING PRODUCTS

Merupakan sebuah syarikat antarabangsa dengan jualan tahunan dalam julat jutaan dolar Amerika, Forever Living Products ialah penanam, pengilang dan pengedar aloe vera yang terbesar di dunia. Sejak memperkenalkan produk aloe vera (lidah buaya) keluarannya di Amerika Syarikat pada tahun 1978, aloe vera FOREVER telah mencapai berjuta-juta pengguna di lebih 150 buah negara.

Di samping menawarkan rangkaian produk kesihatan, pemakanan, kecantikan dan penjagaan kulit yang berkualiti tinggi, FOREVER juga menawarkan satu peluang perniagaan yang amat unik kepada orang ramai untuk mencapai kebebasan kewangan melalui program pemasaran berpasukannya. Setakat ini program pemasaran Berpasukan FOREVER telah menarik penyertaan lebih daripada 8.5 juta orang rakan perniagaan di seluruh dunia.

Produk aloe vera FOREVER diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1983. Produk utama FOREVER iaitu minuman gel aloe vera yang distabilkan 100% bukan sahaja merupakan produk FOREVER yang paling laris di Malaysia tetapi ia juga adalah antara produk-produk kesihatan yang paling laris jualannya di seluruh dunia. Walaupun terdapat banyak jenama aloe vera yang lain dalam pasaran, FOREVER amat bangga bahawa ia merupakan pemimpin yang tidak tercabar bagi aloe vera.

Produk FOREVER ini halal ke..??? Macam mana dengan kualitinya..??? Mungkin persoalan ini akan timbul di fikiran anda kannn. Jangan risau, semua produk FOREVER telah mendapat sijil halal IFANCA (Halal Antarabangsa) dan juga di Malaysia. Malah produk FOREVER juga diiktiraf oleh JKMM.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan